Bahasa pasar setempat Bahasa_pasar_Indonesia

Bandung

Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat yang kuat dipengaruhi kebudayaan Sunda. Bahasa Sunda terdiri daripada tiga golongan, iaitu golongan atasan (beradab), pertengahan, dan bawahan (biadab). Bahasa pasar Bandung sering memakai kata ganti nama Sunda bawahan iaitu aing (aku) dan sia (kau).

Jakarta

Jakarta ialah ibu negara Indonesia yang diduduki lebih 12 juta orang. Bilangan penduduk sebesar ini tidak dinafikan telah memainkan peranan dalam pembentukan bahasa pasar Jakarta. Contoh:

  • bang (dari abang) - Menyapa lelaki yang lebih tua.
  • bégo (dari benar-benar goblok) - Bodoh!
  • Berapa duit? atau Berapaan? - Berapa harganya?
  • doang - Itu sahaja.
  • Émangnya kenapa? - Habis, kenapa?
  • Gilé! - Gila!

Jawa

Bahasa pasar ini ditutur di provinsi Jawa Tengah dan kota Yogyakarta yang dikuasai bahasa Jawa. Macam bahasa Sunda, bahasa Jawa juga ada tiga golongan kosa kata berasaskan tahap keadaban. Golongan biasa selalu bertutur dalam campuran bahasa Jawa golongan bawahan dan pertengahan dengan bahasa Indonesia. Sesetengah penduduk bukan Jawa mencampurkan loghat-loghat sendiri juga maka terbentuknya bahasa pasar Jawa Tengah.

Bahasa pasar Yogyakarta juga dikenali sebagai Basa Walikan (Bahasa Terbalik)[2], iaitu suatu transformasi dari bahasa Jawa yang mana susunan aksara Jawa lama ditukar sesama sendiri mengikut rumus berikut:

  • ha na ca ra ka → pa dha ja ya nya
  • da ta sa wa la → ma ga ba tha nga
  • pa dha ja ya nya → ha na ca ra ka
  • ma ga ba tha nga → da ta sa wa la

Misalnya, kata seru Matamu! diubah menjadi Dagadu!. Anda boleh menggunakan enjin-enjin Basa Walikan seperti Easy Prokem Translator untuk memudahkan pemahaman Basa Walikan.